green-little

Friday, January 26, 2007

Sekitar 'kebanjiran'


Pulauuuuu....kene naik bot br buleh sampai


x leh main badminton dah

hari kemuncak banjir

macam laut dah

boleh berenang kat sini

Boleh berkayak kat sini


Air separas lutut


Makmal Fakulti Kejuruteraan Awan dan Alam Sekitar


Parking blok C16

persimpangan masuk ke pintu kedua


Student naik lori utk ke kelas


Blok pentadbiran 16/1/07


kabin digenangi air hitam

Thursday, January 25, 2007

Banjir di KUiTTHO

Lamanya x memblog!!! Terasa gian nak menulis.. Hampir seminggu KUiTTHO lumpuh kesan dari 'kebanjiran'. Untuk mudah, berikut adalah kronologi kebanjiran di KUiTTHO.

15/1/07 Isnin
Permulaan episod banjir. Pkl 5 ptg, keadaan masih normal. Pkl 7 mlm, air mula melimpahi pintu utama sedangkan tiada hujan turun.

16/1/07 Selasa
9 pg.. parking C19 mula digenangi air. Blok D air mula naik, pihak keselamatan arahkan semua kereta di blok D berpindah. Penutupan pintu utama KUiTTHO. 12 tgh, parking C19 sudahtidak boleh digunakan, kereta dipindahkan lg. Pkl 2, beberapa jalan utama dinaiki air separas betis, pergi kelas dgn selipar, student terpaksa diangkut dengan lori utk ke kelas. Berlaku kesesakan jalan dan suasana mula kelam kabut. Pkl 4, air semakin meninggi. Pintu kedua mula ditenggelami air.

17/1/07 Rabu
Separuh KUiTTHO sudah ditenggelami air. Pelajar diarahkan pulang ke rumah masing2 utk elakkan kejadian tidak diingini. Bebudak Palapes dan pelajar kanan stay utk operasi menyelamat. Penutupan Pintu kedua. Laluan alternatif dibuka, melalui belakang kilang Evergreen. Keluar arahan kelas ditangguhkan hingga Jumaat. Staf diarahkan menjalankan operasi menyelamatkan peralatan makmal dan aset2 KUiTTHO.

18/1/07 Khamis
Air makin naik walaupun tiada hujan. Bekalan elektrik diputuskan. Empangan bekok melepaskan air. Keadaan cemas. Meeting pengurusan keluarkan arahan kelas ditangguh sehingga 28/1/07. Beberapa bangunan hanya boleh diases dengan menaiki bot, lori atau bas sahaja.

19/1/07 Jumaat
Keadaan semakin membimbangkan.

22/1/07 Isnin
Air mula surut. Namum pintu utama dan kedua masih dalam airnya. Kedatangan Tuanku Mahkota Johor (Censelor). Minta buat kajian banjir.

23/1/07 Selasa
Keadaan tidak banyak berubah. Masih x dapat masuk ofis. Tiada bekalan elektrik. Semua staf berkumpul dalam satu bangunan utk operasi bersepadu banjir.

24/1/07 Rabu
Taklimat opsyen penukaran KUiTTHO kepada UTHM (universiti Tun Hussien Onn Malaysia). Akan jd UTHM pd 1/2/07. Ofis mula beroperasi. Elektrik mula dibekalkan.

25/1/07 Khamis
Keadaan makin baik. Pembukaan pintu kedua. Operasi pembersihan @ gotong royong peringkat Universiti diadakan. Semua staf terlibat dgn bantuan kontraktor pembersih KUiTTHO. HUJAN BALIK....

Friday, January 12, 2007

Three...

Three must things in my hand beg:
pendrive, pen, moisturizer

Three books on my table:
Peperangan Armagedon dan kemunculan Imam Mahdi
Data Communication and Networking by Fouzozan
Readers Digest

Three blogs that i recently open:
Schneier on Security
The Madness of MokcikNab
Cheura

3 new gadget that i have:
laser pointer (kuittho bg)
key pad lock (kuittho bg)
laptop key lock (kuittho bg)
laptop pun kuitth bg gak...huk huk huk...

3 things happen in last 3 day:
Emi & amilia 's kenduri kesyukuran
Bayar zakat..
3 raining days and flood for the third time in parit raja!!!

Thursday, January 11, 2007

Names..

If u call me...

Kak: u are my siblings or my relatives (father side)


Kak Dah: u re my relative (mother side)

Kak Nik: u are my relative (husband side)

Mok Ngoh: u are my niece/nephew

Nik: u are my friend

Shahidah: u are my extra ordinary friend

Afifi: ????

Wednesday, January 10, 2007

Shichida Methods

Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anaksoleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card semingguje,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. .buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... .. satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpansemuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, mintak maaf kat die.....

5. start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa....... ..kita pun bukan tak biasa merapu...... .

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue andsuruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

7. Elakkan perkataan JANGAN!

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2doa dimakbulkan.


source: Internet

Monday, January 08, 2007

Akhirnya...

Akhirnya....
Balik jugak ke klate walaupun time tu hujan tengah turun selebat-lebat tidak dan air parit dah melimpah ke tebing... Barang2 sume dah di angkut ke atas.. alhamdulillah... air x masuk dalam rumah...

Akhirnya....
Berakhir penantian Abe Ngoh dan Fadilah (30/12/06) utk hidup bersama... Semoga berbahagia hingga ke anak cucu... Selamat terbang ke kundasang dan mulakan karier baru!!!

Akhirnya....
Bibah dapat 7A dlm PMR...

Akhirnya....
Abe Syafikudin dapat posting ke Hospital Kota Bharu...

Akhirnya...
Cik Ngah Shahirah jd programmer di Amcorp...

Akhirnya...
Shamilah masuk darjah 6...

Akhirnya...
Munif di ANM Balakong....

AKhirnya...
Kak linda dah jd cikgu...

Akhirnya...
anak-anak ibu dah besar.. sofiyah..uthman... ibu doakan yg terbaik utk kalian...

Akhirnya...
berakhir sudah 2006 yang indah...


 
Lilypie 2nd Birthday Ticker Lilypie 4th Birthday Ticker