green-little

Thursday, January 25, 2007

Banjir di KUiTTHO

Lamanya x memblog!!! Terasa gian nak menulis.. Hampir seminggu KUiTTHO lumpuh kesan dari 'kebanjiran'. Untuk mudah, berikut adalah kronologi kebanjiran di KUiTTHO.

15/1/07 Isnin
Permulaan episod banjir. Pkl 5 ptg, keadaan masih normal. Pkl 7 mlm, air mula melimpahi pintu utama sedangkan tiada hujan turun.

16/1/07 Selasa
9 pg.. parking C19 mula digenangi air. Blok D air mula naik, pihak keselamatan arahkan semua kereta di blok D berpindah. Penutupan pintu utama KUiTTHO. 12 tgh, parking C19 sudahtidak boleh digunakan, kereta dipindahkan lg. Pkl 2, beberapa jalan utama dinaiki air separas betis, pergi kelas dgn selipar, student terpaksa diangkut dengan lori utk ke kelas. Berlaku kesesakan jalan dan suasana mula kelam kabut. Pkl 4, air semakin meninggi. Pintu kedua mula ditenggelami air.

17/1/07 Rabu
Separuh KUiTTHO sudah ditenggelami air. Pelajar diarahkan pulang ke rumah masing2 utk elakkan kejadian tidak diingini. Bebudak Palapes dan pelajar kanan stay utk operasi menyelamat. Penutupan Pintu kedua. Laluan alternatif dibuka, melalui belakang kilang Evergreen. Keluar arahan kelas ditangguhkan hingga Jumaat. Staf diarahkan menjalankan operasi menyelamatkan peralatan makmal dan aset2 KUiTTHO.

18/1/07 Khamis
Air makin naik walaupun tiada hujan. Bekalan elektrik diputuskan. Empangan bekok melepaskan air. Keadaan cemas. Meeting pengurusan keluarkan arahan kelas ditangguh sehingga 28/1/07. Beberapa bangunan hanya boleh diases dengan menaiki bot, lori atau bas sahaja.

19/1/07 Jumaat
Keadaan semakin membimbangkan.

22/1/07 Isnin
Air mula surut. Namum pintu utama dan kedua masih dalam airnya. Kedatangan Tuanku Mahkota Johor (Censelor). Minta buat kajian banjir.

23/1/07 Selasa
Keadaan tidak banyak berubah. Masih x dapat masuk ofis. Tiada bekalan elektrik. Semua staf berkumpul dalam satu bangunan utk operasi bersepadu banjir.

24/1/07 Rabu
Taklimat opsyen penukaran KUiTTHO kepada UTHM (universiti Tun Hussien Onn Malaysia). Akan jd UTHM pd 1/2/07. Ofis mula beroperasi. Elektrik mula dibekalkan.

25/1/07 Khamis
Keadaan makin baik. Pembukaan pintu kedua. Operasi pembersihan @ gotong royong peringkat Universiti diadakan. Semua staf terlibat dgn bantuan kontraktor pembersih KUiTTHO. HUJAN BALIK....

2 Comments:

  • kalau kat kelantan org keluar pakai baju cantik2 main air.
    johor jarang banjir, mesti suspen yek!

    mmm..ada terbaca kaw. swasta bersebelahan KUiTTHO tak banjir pula, betul ke?

    By Anonymous Anonymous, at 1:03 PM  

  • yup..kilang2 kat sebelah x banjir pun... kami2 yg tenggelam bagai nak rak...Allah nak ampunkan dosa kami kat sini... amin...

    By Blogger cyclops_fyfy, at 9:42 AM  

Post a Comment

<< Home


 
Lilypie 2nd Birthday Ticker Lilypie 4th Birthday Ticker